Monday 3 July 2017

Anak, Hadir Mu Penyembuh Segala Kesakitan

Memiliki cahaya mata adalah menjadi impian setiap pasangan yang bergelar suami isteri. Ini kerana, anak merupakan pengikat kasih sayang antara suami isteri. Kehadiran anak menceriakan lagi ikatan perkahwinan itu.


Anak-anak di Expo Proton 2014


Pengalaman mengandung dan bersalin bagi seorang wanita pula amat indah. Itulah saatnya dimana mereka merasa betapa bahagiaanya mengandungkan seorang khalifah hasil kasih sayang yang terbina bersama suami.

Namun, tidak semua wanita berpeluang melahirkan zuriat mereka secara normal. Ada antaranya mengalami pelbagai komplikasi sehinggakan mereka terpaksa bersalin secara pembedahan.

Itulah yang saya alami. Bersalin secara pembedahan, (czer), merupakan suatu pengalaman yang manis, pahit, masam, kelat.. kikikiki. Maklum la, 4 kali perutku di potong demi untuk melahirkan khalifah-khalifah Allah ini.

Pembedahan ku yang pertama, pada tahun 2006. 
Pembedahan kedua pada tahun 2007
Pembedahan ketiga pada tahun 2009
Pembdahan keempat pada tahun 2013

Boleh dikatakan anak-anak ku rapat-rapat. Rezeki Allah. Siapalah aku untuk menidakkan kuasa-Nya.

Pengalaman ku bersalin secara pembedahan adalah berbeza antara setiap anak. Anak pertama dan kedua ku di lahirkan di sebuah poliklinik bersalin di Seksyen 13, Shah Alam. Manakala anak ketiga dan keempat, aku bersalin di Hospital Sungai Buluh.

Anak kedua, ketiga dan pertama

Masa bersalin anak pertama, kedua dan ketiga, sakit akibat pembedahan tu tidak terasa sangat. Hari kedua bersalin aku dah boleh berjalan untuk ke bilik air sendiri. Memang nurse arahkan untuk bangun dan berjalan dalam tempoh 24 jam selepas pembedahan. Ini untuk mengelakkan kekejangan urat akibat darah tidak berjalan. Best sangat bila nurse bawak baby kepada ku untuk disusukan. Hilang segala rasa sakit tu.

Tetapi, masa mengandungkan anak yang keempat, aku diuji dengan pebagai dugaan. Masa kandungan ku berusia 8 bulan, aku disahkan menghidap darah tinggi. Maka bermulalah sesi keluar masuk hospital kerana tekanan darahku tidak stabil.

Si bongsu ibu

Ketika itu, aku kerap berasa pening. Mujur aku ada assistant yang cekap di pejabat. Jadi urusan kerja ku banyak di cover oleh dia. Bos-bos dan rakan sekerjaku juga memahami situasi ku pada masa itu. Diorang takdelah membebankan aku sangat dengan tugasan-tugasan yang berat. Aku bersyukur sangat. Benarlah. Allah takkan menduga diluar kemampuan hambanya.

Genap kandunganku 36 minggu, aku ditahan di wad sekali lagi akibat tekanan darah tinggi. Masa ni, doktor dah beritahu awal-awal yang aku akan ditahan diwad hingga aku bersalin.. What.. Oh no.. Sebulan lagi kot kalau ikut tarikh bersalin aku. Macam mana dengan anak-anak aku yg lain. Maklum la aku takde pembantu dirumah. Suami aku dah mula risau. 

Alhamdulillah, kedua ibu dan ibu mertuaku datang keesokan harinya untuk tengok-tengokkan anak-anak sementara aku di hospital. Ringanlah sikit kekalutan suamiku. Mana nak pergi pejabat lagi, hantar anak sekolah lagi, melawatku dihospital lagi.. Pengorbanan seorang ayah untuk keluarga hehehe

Isnin, 23/9/2013, pemeriksaan ku bersama doktor pakar. 

"Kandungan puan ni berisiko tinggi. Air ketuban dah sikit sangat. Bayi puan pun tidak membesar secara normal ni"

"Kalau ikutkan, esok juga saya nak lakukan pembedahan"

Allah, ujian apakah ini. Setelah aku berfikir, akhirnya aku bersetuju untuk dibedah esok. So, start 12 tengah malam ni aku dah diarahkan untuk berpuasa.

Selasa, 24/9/2013, aku dijadualkan untuk jalani pembedahan jam 7am. Tapi sebab doktor ada kes kecemasan, maka jadualku ditunda.

Detik demi detik berlalu
Jam bertukar jam
Pagi berganti tengah hari

Aku kian resah. Sebenarnye perut aku dah berbunyi-bunyi minta diisi. Maklum la. dari pagi tak jamah apa pun lagi.

Akhirnya, jam 5.45 petang, nurse datang untuk masukkan tiub kencing. So tahulah aku, its my turn untuk bersalin.

Masa tu dah tak rasa apa dah. Perasaan takut, gementar, lapar tu suma dah hilang. Apa yang aku rasa masa tu adalah nak cepat-cepat lihat baby yang bakal ku lahirkan.

Masa di bilik bedah, aku sekali lagi di cucuk ubat bius. Sakitnya tak dapat ku gambarkan. Lebih sakit dari jahitan luka pembedahan kat perut tu. Memang itulah yang aku takutkan sangat. Mana taknye. 3 kali dah aku alaminya. Dan sekarang kali ke 4. Fuhhh.. betul-betul menguji ketahanan mental dan fizikal.

Tepat jam 6.57 p.m, aku melahirkan seorang baby boy seberat 1.88 kg. Nurse menunjukkan kepadaku wajah bayiku dan cepat-cepat membawa bayiku ke wad kecemasan (NICU). Selepas itu aku sudah tdak sedar apa yang berlaku. Aku cuma sedar sekitar jam 12 tgh malam. Masa tu aku ditempatkan di wad kecemasan untuk pengawasan.

Selepas sedar dan dipastikan yang kesihatan aku stabil, aku ditolak semula ke wad biasa. Disitu baru aku dapat berjumpa suamiku. 

Keesokan paginya baru aku dibenarkan melawat anakku di NICU. Masa tengok anakku itu, terdetik perasaan gembira bercampur sedih. Gembira kerana anak ku dah lahir, sedih sebab anakku terpaksa di tahan di NICU sebab tak cuku berat. Tapi aku tetap bersyukur kerna anakku sihat dan normal.

Di hospital, tekanan darahku makin tak stabil. even dah diberi ubat darah tinggi pun, bacaan masih lagi tinggi. Hinggakan nurse melarang aku dari melihat anakku di NICU. Sengsaraya hidup kurasa. Terkenangkan anak-anak dirumah. Terbayangkan anak di NICU.

4 hari aku ditahan diwad tanpa boleh tengok baby. Gambar saja pengubat rindu aku pada anak-anak.

Hari ke-5 nurse bawak baby naik. Yahooo... Baby dah boleh keluar. Alhamdulillah.. dapat peluk baby sepuasnya..

Tinggallah aku dengan baby di wad sebab aku tak boleh keluar lagi. Darah still tak stabil. huhuhu

Akhirnya, aku dibenarkan keluar hospital pada hari ke-8. Inilah pengalaman paling lama aku duduk hospital. Minta-minta takde lah lagi masalah tekanan darah ni. Pergi jauh-jauh ye.. Aamiin.

Jom kita balik baby... Kita jumpa kakak dan abang suma. Ibu rindu pada semua anak-anak ibu...


Nurkilan
Atikah Hanum






No comments:

Post a Comment