Monday 22 August 2016

JERAWAT DAN PUNCANYA


Pandang cermin...

"Huish... Teruknya muka aku ni.. Jerawat besar2 tu.. Camne la aku nk bg licin muka ni.. "

Itu la yg Atie rasa suatu masa dulu.. Bila mana muka Atie teruk sangat ditumbuhi jerawat.. Nak keluar jumpa org pun segan 😭😭😭


Korang tau tak kenapa tumbuhnya jerawat lebih2 lagi di bahagian muka?? Terdapat banyak faktor terjadinya jerawat.. Berikut adalah antara sebab2 umum tumbuhnya jerawat:

✔Faktor genetik atau keturunan

✔Akibat hormon testosteron jika pada laki-laki-l

✔Bakteri yang menginfeksi melalui pori-pori wajah

✔Menggaru wajah yang dapat menimbulkan iritasi pada kulit

✔Anabolic Steroid

✔Faktor Usia

✔Penyumbatan pada pori-pori wajah kerana sel kulit mati

✔Pengambilan minuman beralkohol dan merokok

✔Kurangnya pengambilan makanan yang mengandung Vitamin A dan Vitamin B

✔Memegang dan memicit jerawat

✔Terlalu sering terkena pancaran sinar matahari secara langsung

✔Kurang menjaga kebersihan wajah dengan cucian muka yang rutin

✔Rambut kotor yang menempel pada wajah

✔Kerana terlalu banyak beban fikiran atau stress

✔Akibat kelenjar minyak yang terlalu aktif

✔Kerana penurunan hormon pada wanita

✔Kerana darah kotor

✔Akibat pengambilan pil KB

✔Akibat polusi udara yang kotor

✔Memakan coklat terlalu banyak

✔Alergi pada zat kimia yang terkandung pada kosmetik

✔Kurang pengambilan air putih

✔Kurang menjaga kebersihan kulit


Dalam perubatan cina, masalah jerawat yang keluar di bahagian tertentu di muka mewakili masalah kesihatan pada bahagian-bahagian berlainan dalam badan.

Disini Atie akan terangkan masalah kesihatan yg biasanya dialami apabila jerawat keluar di muka, dagu, pipi, dahi dan lain-lain kawasan. Jangan ketinggalan untuk baca sampai habis ye.

JERAWAT DAN PUNCANYA

Jerawat di Dahi Atas

Punca: Masalah Sistem Pencernaan dan Pundi Kencing

Apa yang perlu dilakukan:

Air minuman membantu untuk mengepam keluar toksin dalam badan anda, jadi tingkatkan pengambilan air dan lihat pada makanan yang anda makan. Kurangkan pengambilan minuman bergas dan minuman yang tinggi kafein. Adalah lebih baik minum teh herba terutamanya teh hijau. Kurangkan memakan coklat, kek, air limau dan Coke dan minum lebih banyak air mineral. Makan makanan yang membantu menghapuskan toksin dari badan seperti minum air lemon. Amalkan tidur awal (10:00pm) dan bangun awal (6:00am).  Lakukan senaman ringan selama 20-30 minit setiap hari. Tingkatkan kebersihan diri terutama kebersihan rambut dan topi (jika suka pakai topi). Teh hijau, air lemon dan buah beri juga boleh membantu kerana ini adalah makanan yang kaya dengan antioksida.

Jerawat di Dahi Bawah (Lower forehead)

Punca: Jantung

Jantung anda adalah organ besar yang mengepam darah ke seluruh badan anda. Jika ia tertekan kerana pemakanan yang tidak sihat, tidak aktif dan pelbagai tekanan mental dan fizikal, maka bukan sahaja anda akan mendapat jerawat di dahi bawah, seluruh tubuh anda akan terjejas teruk jika masalah ini tidak diatasi. Hati yang sihat penting untuk melakukan senaman menguatkan jantung, dan juga makan makanan yang sihat serta mengelakkan stress.

Apa yang perlu dilakukan:

Cuba untuk bersenam. Minum sekurang-kurangnya 8 gelas air. Makan makanan yang sihat sebaik-baiknya yang mempunyai kolesterol rendah dan diet serat yang tinggi. Jika merokok, usahakan untuk berhenti merokok

Jerawat di telinga

Punca: Buah pinggang

Apabila buah pinggang tidak dijaga, jerawat yang menyakitkan akan tumbuh di telinga anda yang biasanya susah untuk hilang.

Apa yang perlu dilakukan:

Tingkatkan pengambilan air. Elakkan makan makanan yang masin dan tinggi kafein. Bersihkan buah pinggang anda dengan diuretik seperti kaedah daun sup/pasli dan air.


Jerawat di sekitar Mata dan antara Bulu kening

Punca: Hati

Kulit berminyak, kemerahan dan jerawat antara kening boleh menunjukkan bahawa hati anda mungkin telah overworking dan memerlukan pembersihan. Senang cerita, perlukan detox!

Apa yang perlu dilakukan:

Makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang tinggi kandungan vitamin C (kiwi, lada manis, oren). Cuba elakkan makan lewat malam; terutama sebelum tidur kerana badan anda tidak akan memecahkan makanan dengan berkesan, yang membawa kepada terbentuknya toksin. Kurangkan lemak, manis, makanan berminyak, alkohol dan diari, terutamanya jika anda mengalami alahan pada laktosa. Antara makanan yang terbaik untuk membersihkan hati anda termasuk bawang putih, limau gedang, teh hijau, lobak merah, bit, sayur-sayuran berdaun hijau, lemon dan limau.


Punca: Paru-paru dan Sistem Pernafasan

Tekanan ke atas paru-paru mungkin menyebabkan jerawat keluar di pipi atas. Tekanan ini termasuk merokok, asma, alahan, dan jangkitan paru-paru.

Apa yang perlu dilakukan:

Elakkan merokok dan merokok pasif. Senaman. Elakkan kawasan yang tercemar terutama asap kenderaan

Jerawat di Pipi Bawah

Punca: Masalh gusi atau Gigi

Masalah Gusi atau gigi boleh menyumbang kepada jerawat di kawasan bawah pipi.

Apa yang perlu dilakukan:

Jaga kebersihan diri: Tukar sarung bantal anda sekurang-kurangnya sekali seminggu, dan lap bahagian bawah telefon anda dengan pencuci antibakteria setiap beberapa hari. Sentiasa jaga kesihatan gigi, memberus gigi, menggunakan flos dan ubat kumur dua kali sehari dan pemeriksaan tetap di doktor gigi sekurang-kurangnya dua kali setahun! Jangan hanya menunggu sehingga anda mempunyai masalah gigi untuk membuat temujanji. Jaga makanan: Makan makanan yang baik  untuk paru-paru yang lebih sihat termasuk, kale, kubis dan labu. Termasuk sayur-sayuran segar, oat dan beras perang dalam diet anda. Jangan makan terlalu banyak. Elakkan makanan segera dan makanan ringan, gula tiruan dan soda. Elakkan mangga, akar keladi dan makanan laut atau makanan lain yang anda mungkin sensitif dan ada kesan alergik.Makan makanan kurang gula

Jerawat di Tepi Dagu

Punca: Hormon dan kemaluan

Biasanya terjadi pada kanak-kanak perempuan. Apabila jerawat timbul di kawasan tepi dagu, ia adalah satu tanda ketidakseimbangan hormon, biasanya disebabkan oleh haid. Kadang-kadang, tekanan emosi atau fizikal juga boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon.

Apa yang perlu dilakukan:

Kurangkan tabiat makan sebelum tidur. Makan buah-buahan yang lebih segar dan sayur-sayuran. Dapatkan rehat dan tidur yang cukup. Lakukan senaman ringan selama 20-30 minit setiap hari. Tidur awal dan bangun awal

Jerawat di Tengah Dagu

Punca: Usus kecil dan perut

Ini juga disebabkan oleh diet yang lemah dan alahan makanan. Elakkan untuk mengambil makanan yang tidak baik.

Apa yang perlu dilakukan:

Makan buah-buahan yang lebih segar dan sayur-sayuran. Dapatkan rehat yang lebih Tingkatkan pengambilan air dan serat dalam diet anda

Jerawat di Dada dan Leher

Kawasan dada biasanya disebabkan oleh tekanan, jadi pastikan tahu apa yang membuatkan anda tertekan dan atasi masalah tersebut. Ia juga penting untuk selesa dalam mengenakan pakaian anda. Apabila kawasan sekitar leher berjerawat, ia biasanya disebabkan oleh badan anda sedang melawan jangkitan.

Apa yang perlu dilakukan:

Cuba untuk hilangkan tekanan. Gunakan pakaian yang selesa. Tingkatkan pengambilan air dan kekalkan pengambilan vitamin C untuk melawan jangkitan.

Dah tahu punca sebenar kepada masalah jerawat yang menyerang anda? Kalau dah faham, step pertama dalam mengenalpasti punca jerawat dah lulus. Step seterusnya adalah mengetahui apa product vitamin Shaklee yang sesuai untuk setiap punca jerawat tersebut. Haaa yang itu kenalah jadi customer Atie dulu.. tips dan triks yang lebih menarik untuk dikongsi. InsyaaAllah berkesan! Walaupun ramai yang mengalami masalah jerawat, tapi cadangan product untuk setiap orang mungkin tidak sama. Jadi hubungi Atie untuk Atie bantu anda dapatkan vitamin terbaik bagi masalah jerawat yang melanda.

Apapun meh Atie belanja dulu testimoni yang best ni. Dari muka penuh jerawat sampai dapat kulit yang halus mulus. Jangan jeles uolls :)




Sahabat Nutrisi Anda
Atikah
012-2280021

No comments:

Post a Comment